Pelajar Solat Subuh Di Masjid Ini Akan Dapat Duit Belanja Sekolah

Usaha untuk memupuk golongan muda ke masjid ternyata berkesan apabila ketua pentadbir Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, mencipta kelainan apabila memberi wang saku kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh di masjid itu. Menerusi laporan Sinar Harian, idea tersebut tercetus ketika kesemua Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid mengadakan mesyuarat.

Menurut Ketua pentadbir masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz, program berkenaan sudah bermula sejak 7 Oktober lalu. Tambahnya, inisiatif yang dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum selama seminggu itu berjaya membuahkan hasil apabila lebih daripada tujuh orang remaja solat Subuh bersama ahli keluarga di masjid tersebut.

AMAUN YANG DIBERIKAN RM3 UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH MANAKALA RM5 UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. SELAIN MENGIMARAHKAN MASJID, AJK MAHU MENARIK ANAK MUDA UNTUK HADIR SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID. SECARA TIDAK LANGSUNG, IA MENGAJAK IBU BAPA UNTUK TURUT SERTA BERSAMA MEREKA. IA SATU PENDEKATAN TERBAIK UNTUK KARIAH DI SINI.

Akmal turut memberitahu bahawa sumber kewangan yang diperoleh merupakan hasil sumbangan ahli kariah dan korporat. Selain pemberian wang saku, dia turut memberitahu bahawa tujuan utama pemberian itu dilakukan adalah untuk mengajak golongan muda berkunjung ke masjid untuk bersolat dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah.

SEMEMANGNYA KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARIPADA MASYARAKAT DAN BADAN BUKAN BERKANUN UNTUK TERUS MENYUBURKAN PROGRAM-PROGRAM BERMANFAAT SEPERTI INI.

Antara pengisian program dan aktiviti yang akan diadakan untuk golongan muda yang berkunjung ke masjid itu ialah program Movie Night (kisah rasul), pertandingan beyblade dan hafazan.

Rata-rata netizen memuji usaha pengurusan Masjid Bukit Damansara dalam menarik minat golongan muda untuk berkunjung ke masjid. Netizen turut berharap masjid-masjid di kawasan lain dapat menjadikan Masjid Bukit Damansara sebagai contoh dalam usaha mengimarahkan masjid.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*