Sham Visa Dapat Lebih 1,000 Mesej Di Instagram Sehari, Ada Majoritinya Isteri Orang?

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa mengakui menerima lebih daripada 1,000 kiriman mesej sehari di akaun Instagramnya.

 

Kata Sham, kebanyakan mesej yang diterima datangnya daripada peminat wanita malah ada dalam kalangan isteri orang.

 

“Namun, saya menganggap kiriman mesej itu daripada peminat kepada seorang artis. Mereka meminati saya.

 

“Saya bukan saja dapat mengumpul semula peminat-peminat lama daripada zaman kegemilangan Visa dulu bahkan dapat juga peminat baru yang masih muda.

“Semoga mereka terhibur dengan kemas kini akaun Instagram yang banyak dibantu oleh syarikat pengurusan saya,” katanya kepada Gempak.

Di antara kiriman mesej yang diterima Sham setiap hari, pelantun lagu Untukmu Selamanya itu bersyukur tidak dicem@ri dengan mesej yang k0tor.

“Tidak ada mesej yang bukan-bukan dan syarikat pengurusan saya sentiasa menyelia kandungan yang dihantar kepada saya.

“Jelas sekali media s0sial bukan bidang saya dan saya masih belajar perkara baharu,” tambahnya.

Kemunculan semula Sham di pentas GV2019 mencvri perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip karakter popular Marvel, Tony Stark.

Selepas 15 tahun menyepi daripada industri seni, ternyata saham Sham semakin mel0njak naik dengan aura yang tersendiri.

Jangan lupa saksikan konsert ketiga GV2019 pada hari Ahad ini 27 Oktober 2019 jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*