“Tahniah Zara Zya, Selamat Pengantin Baru” – Makin Kerap Kongsi Gambar Pertunangan ‘Grand’, Ramai Ingat Majlis Perkahwinan

Lebih banyak gambar majlis pertunangan yang dikongsikan oleh Zara Zya dan tunangannya Hafreez Adam, semakin ramai pula netizen yang kelirv dengan majlis mereka.

 

Sebelum itu, Hafreez Adam pernah membuat satu kenyataan di Instagramnya bahawa lebih baik merahsiakan pertunangan, menghebahkan perkahwinan dan hanya berkongsi berita gembira dengan mereka yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

 

Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk “merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan”.

 

“But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami,” tulisnya.

Namun kini semakin kerap mereka berkongsi gambar-gambar daripada majlis pertunangan mereka.

“Alhamdulillah.. Dah kahwin,” tulis @the _eraidah

Tahniah Zarazya… Selamat pengantin baru,” tulis @nurashikin_78

“Kahwin dah ke??? Bertuahnya,” tulis @yumiaunie_2413

“Ni nikah ke tunang,” tanya @salmi.harun5

“Tahniah… Ingatkan dah nikah… tunang rupanya,” komen @nurulakmarkaman

“Tahniah dah mendirikan masjid,” tulis @hicosmetic_byzara

@Tahniah Zara & suami,” komen @syafawani.wansalleh1993

Zara Zya dan Hafreez Adam selamat bertunang dalam satu majlis yang berlangsung secara tertutup pada 12 Oktober lalu.

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*