Hebat… Baru Darjah 6 Dah Jana Pendapatan RM10,000, Untungnya Jadi Instafamous!

Personaliti media sosial Aliya Maisarah mendedahkan telah menjana pendapatan sebanyak RM10,000 ketika baru berusia 12 tahun.

Memetik laporan Harian Metro., Aliya yang kini berusia 15 tahun menggunakan nama @liyamaisarah_ di Instagram aktif melakukan ulasan berbayar (paid review) sejak tiga tahun lalu.

Tuah memiliki kejelitaan dan pandai bersolek, Aliya menyedari pengikutnya semakin bertambah apabila dia kerap berkongsi gambar wajahnya yang dis0lek seperti wanita dewasa.

“Saya gemar tengok gambar wajah wanita yang disolek cantik tidak kira siapapun. Saya tiru solekannya, ambil gambar dan kongsi di Instagram.

“Pada masa sama, saya juga aktif bermain aplikasi Musical.ly, sekali gus memperoleh pengikut di situ yang kemudian turut mengikuti saya di Instagram,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menerusi laman sosial Twitter, pended@han Aliya tersebut menguundang reksi positif wargamaya tentang kejayaan remaja tersebut.

“Lain orang lain rezekinya. Macam mana la rezeki kita nak masuk kalau kita asyik berd3ngki,” ujar seorang netizen.

“Good for her. Kita mungkin tiada kelebihan macam dia, but kita ada jalan kita sendiri untuk jadi kaya dan berjaya okay,” komen seorang netizen.

“I’m jeal0us with her because kecil-kecil dah pandai cari duit sendiri, ya ampun!” kata seorang netizen lagi.

“Even dia anak Datuk sekali pun at least dia try cari duit sendiri, tak macam korang hanya berdasarkan luaran anak Datuk itulah inilah, yang kaya mak ayah dia bukan dia, kalau esok lusa mak ayah dia m@ti nak bergantung kat siapa? Tetap kene cari duit juga, mentality korang ni low lah,” tulis seorang netizen lagi.

Aliya sehingga kini telah mengumpul hampir 1.2 juta pengikut di Instagram.

Sumber: Harian Metro via gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*