Baru bertunang tapi dah ‘bersama’ banyak kali, suami boc0r rahsia; “Aku jadi badut di majlis sendiri ke?” – Pelajar Straight A’s

 

“SEDAR tak sedar kami terlannjur buat pertama kali,” demikian luah seorang wanita menerusi satu perkongsian kisah dirinya.

Menggelarkan dirinya sebagai Zulaikha, kisah wanita itu yang terlannjur dengan tunang sendiri sehingga ham1l anak luar nikah menerima reaksi luar biasa di Twitter.

Memulakan cerita, Zulaikha mengakui dia merupakan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan A dalam semua subjek sewaktu peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kecemerlangan itu diteruskan pula di peringkat matrik dengan keputusan 4 Flat dan dia tidak pernah mendapat pointer kurang dari 3.8 sepanjang melanjutkan pengajian peringkat ijazah.

Sewaktu belajar, gadis itu turut menjalankan perniagaan tudung dalam talian sehinggalah dia berkenalan dengan seorang lelaki Melayu di sebuah kedai jahit.

Posting wanita itu di Twitter.

“Lapan bulan berkawan, kami diikatkan dengan tali pertunangan. Aku masih di tahun ketiga pengajian. Ada mulut yang berkata-kata sebab kami bagaikan langit dan bumi. Namun kedua orang tua merestui kami.

“Aku setuju antara dugaan orang bertunang ialah g0daan syaitan. Entah kenapa lepas bertunang, dia berani-berani nak sentuh tangan aku. Aku rasa sangat tak selesa. Dia minta m4af dan janji tak buat lagi,” luah Zulaikha.

Namun suatu hari sewaktu cuti semester, dia duduk berdua-duaan dengan lelaki itu di kediaman sewanya untuk menyiapkan bungkusan tudung.

Tanpa diduga, mereka terlannjur dan hubungan itu berterusan setiap minggu.

“Sejak itu berz1na semakin lazim dengan kami. Seminggu sekali mesti on. Aku rasa sangat berd0sa. Aku solat lima waktu, kadang dhuha & tahajud juga. Tapi kami berz1na. Aku tak tahu macam mana nak berhenti.

“Majlis lagi tiga bulan. Persiapan dah 60 hingga 70 peratus. Kami masih dengan perbuatan terkutvk kami sampailah satu hari, period aku lewat. Aku fikir mungkin sebab aku str3ss.

“Tunang cadangkan aku buat pregn@ncy test. Period lewat sampai dua minggu. Akhirnya aku akur. Senyap-senyap aku ke farmasi di Ampang Park dan buat ujian air kencing,” ujarnya lagi.

Kata Zulaikha, dia terkedu apabila mendapat tahu dirinya ham1l.

D@kwa Zulaikha, dia ham1l beberapa bulan sebelum mendirikan rumah tangga.

Tidak lama kemudian, mereka meneruskan majlis perkahwinan sebagaimana yang sudah dirancang dengan keluarga biarpun sudah berk@hwin senyap-senyap di Thailand sebelum itu.

Namun kata Zulaikha, dia kec3wa kerana keluarga suaminya sebenarnya sudah tahu apa yang berlaku di antara mereka.

“Aku mar@h! Sampai ke tahap ni, aku masih jaga a1b suami aku. Tak ada seorang ahli keluarga aku tahu hal ni. Tapi suami suka-suka buka a1b aku.

“Aku meng@muk bagai orang g1la. Suami aku pengkh1anat terbesar dalam hidup aku. Aku rasa macam nak bunvh diri.

Antara komen netizen berhubung perkongsian kisah itu.

“Apa gunanya aku datang majlis bertandang sedangkan semua ahli keluarga suami tahu aku meng@ndung anak luar nikah. Aku jadi badut di majlis sendiri ke?” soalnya lagi.

Penceritaan kisah wanita itu semakin rum1t apabila dia mend@kwa menerima layanan buruk jururawat hospital termasuklah dilud@h, dipukvl dan ditengk1ng kerana ham1l luar nikah.

Namun, ia ternyata menimbulkan ker@guan dalam kalangan netizen sehingga ada yang mula mempertikaikan kesahihan kisah itu.

Malah, segelintir pelayar Twitter mengakui ragu-ragu untuk mempercayai kisah itu kerana beranggapan tiada jururawat yang sanggup melayan ibu yang mahu bersalin sebegitu rupa.

Bagaimanapun, posting itu yang dikongsi menerusi akaun @twtmalaywedding sehingga kini menerima lebih 22,500 ulang kicau (Retweet).

Tambah wanita itu lagi, kejadian berkenaan did@kwa berlaku sekitar 10 tahun lalu dan kini bahagia bersama suami serta tiga anak.

Dia turut memberi nasihat kepada pelayar Twitter agar menjauhi z1na dan tidak mudah hanyut dengan kata-kata manis lelaki.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*