Rakan Perniagaan Cerita Sesuatu Kenapa Rezeki Datin Shahida Dan Dato Aliff Ini Sering Berganda. Banyaknya Hal Yang Mereka Jaga. Hebattt Betul Mereka

Jujurnya selain dari dapat makan bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan keluarganya malam tadi, kami juga dapat bersembang dan mengenali jatuh bangun mereka ini dalam dunia berniaga.

Sedang ralik berborak, Datin bangun dan bercakap dengan Juma, team mereka, setentang sahaja dengan saya. Tentang dunia bisnes barangkali. Kami pula masih mendengar kisah Datuk.

Tiba-tiba Baim datang kepada Datin dan menghulur kertas. Betul-betul di hadapan saya. Terus Datin berhenti bersembang dan beliau membiarkan Baim duduk di atasnya, meleset dan kemudian membantu Baim menyiapkan kerja sekolahnya.

Momen ini saya bawa sampai ke rumah, teringat-ingat. Bagusnya Datin yang sanggup menolak tepi semua urusan bisnes juta-juta demi anak. Tak semua orang boleh berbuat begini.

Saya pernah tengok di hadapan mata, ada pakcik yang marahkan budak bising, ada puan itu yang suruh pergi naik atas siap-siap tak boleh campur orang tua bersembang dan ada yang risau sangat anak-anak ini akan ganggu sampai ke tahap budak-budak ini tanya atau memanggil ayah atau emak, dihalaunya begitu sahaja.

Datin tidak, dilayannya anak-anak siap cium pipi bagai. Kemudian dah siap semua, Baim pun berlalu pergi dan Datin menyambung perbualannya.

Langsung tak ada seperti diganggu dan sebagainya.

Terus saya teringat kata seorang ustaz kepada kami semua selepas subuh beberapa minggu lalu, katanya,

“Nak rezeki masuk, layan budak-budak, jaga hati orang tua dan berbanyak tahan sabar dengan orang yang kita sayang.

Kalau anak datang tanya ayah, saat ayah sedang bercakap dengan sesiapa, jangan marah dia. Dia budak tak tahu apa, peluk dia, cium dia dan layan dia sesaat dua.

Orang tua dan dewasa yang kita sedang sembang itu dah matang, otak dah boleh fikir dan harus wajib bersabar dengan anak-anak yang tak ada dosa.

Kita orang tua, layan anak-anak seperti kita juga tak ada dosa. Barulah mudah rezeki nak masuk. Ini kita tak habis marahkan budak, budak nak tanya, kita marah cakap dia tak hormat orang tua.”

Sungguhlahkan kawan-kawan,

Dia budak, dia tak tahu apa. Dia hanya nak tanya emak ayah dia. Jawab baik-baik, cakap dengan rasa hormat kepada anak, supaya anak faham yang menghormati itu dipelajari dari emak atau ayahnya sendiri.

Kita ini tahu menjaga hati kawan, hati orang itu orang ini, anak sendiri kita tak mahu jaga hatinya. Kita suruh dia ketepi, jangan ganggu itu, tak usah menyampuk ini. Sedangkan dia budak yang tak tahu apa, yang kita masih boleh peluk bila-bila masa dan boleh juga kita ajar dia erti berbahasa apabila kita juga berbudi elok menyambut soalan dan pertanyaan dia.

Haih, patutlah rezeki mereka ini sering berganda. Banyaknya hal yang mereka jaga. Hebat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Belajar lagi.

Muatan Asal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*