Tujuh Bulan Tak Pergi Shooting, Ini Yang Zahirah Macwilson Buat…

Pelakon Zahirah Macwilson mendedahkan bahawa dirinya bakal kembali ke set penggambaran selepas tujuh bulan menyepikan diri daripada sebarang penggambaran drama.

 

Biarpun tidak mengambil tawaran berlakon sebelum ini, pelakon berusia 24 tahun itu memberitahu, sepanjang tempoh itu juga, dia berpeluang untuk meneroka banyak bidang lain.

“Saya sudah mengambil tawaran untuk drama seterusnya. Tujuh bulan saya tidak menjalani sebarang penggambaran membolehkan saya untuk berhubung dan membuka peluang kepada pelbagai peluang lain.

 

“Bahkan, saya juga berpeluang meneroka minat saya dalam dunia fesyen, kecantikan, pengacaraan dan dunia perniagaan,” tulisnya di Instagram.

Zahirah turut berkongsi gambar dirinya dengan skrip lakonan yang memaparkan naskhah terbaharunya berjudul Rindu Yang Terlarang terbitan Zeel Production.

 

 

View this post on Instagram

 

📣📣 GIVEAWAY!! Comment a Ruby Cream shade that best represents you and I will be picking 5 winners!! #LancomeMY

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Drama yang bakal disiarkan di saluran Astro Ria itu bakal menggandingkan dirinya dengan pelakon Fikry Ibrahim.

“Ini adalah untuk peminat saya yang sentiasa menyokong saya sepanjang masa. Terima kasih kerana bersabar, ini adalah untuk anda,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

So many different scents to choose from! I’ve picked mine for my date night! Sweet scents for sweet nights ✨ @amaris.my #AmarisMY

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Kali terakhir, Zahirah muncul menerusi drama Curi-Curi Cinta yang ditayangkan pada April lalu bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim yang kini tunangannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*