[VIDEO] Kemiskinan Jadi M0tivasi Usahawan Ini Berjaya. Kisah Penuh Inspirasi!

Jika seseorang itu berusaha, pastinya akan berjaya suatu hari nanti. Antara cepat atau lambat itu semua bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini tular dengan kisah seorang lelaki yang dikatakan dahulunya sangat miskin dan mengutip sampah untuk menampung kehidupan seharian. Namun kerana usaha dan tekad, akhirnya individu ini berjaya menjadi jutawan.

Kisahnya menjadi inspirasi ramai untuk terus berusaha bagi mencapai impian mereka. Menurut usahawan berjaya ini, Muhammad Azlan, 32, pada asalnya dia dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin. Dia sendiri pernah menjadi pengutip sampah di Kelantan pada 2005.

Keluarga paling miskin di kampung

Selain itu dia juga pernah membawa pulang makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di tempatnya bekerja. Malah dia juga menceritakan keluarganya pernah dibanci sebagai yang paling miskin di Kampung Tok Raja, Besut.

Dari kemiskinan itu dia nekad untuk mengubah nasib keluarganya. Pada ketika itu dia membawa wang hanya RM1.30 menuju ke bandar Jertih untuk mencari pekerjaan.

Jadi ejen hartanah

Ditakdirkan dia ditawarkan bekerja sebagai ejen hartanah oleh Cikgu Halim dan dari situ menjadi punca kejayaannya hari ini.

Kini Muhammad Azlan adalah peneraju Syarikat Azlan A-Amin Properties Sdn Bhd dan dia turut menasihatkan pada orang ramai supaya jadikan kemiskinan sebagai m0tivasi dan kekayaan itu sebagai inspirasi.

Temu bual penuh
Tonton temubual penuh dalam rakaman oleh Bernama Radio ini:

 

Sumber: Frontdesk / Bernama Radio / Muhammad Azlan Al-Amin

Sumber:

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*