“Perkara Yang Saya Tak Lihat..” – Sharnaaz Ahmad Terlepas Lihat Perkembangan Jebat Jayden

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden.

Menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan dengan matanya sendiri.

Menerusi laman Twitter, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu itu meninggalkan komen di ruangan foto Jebat yang telah dihantarkan kepadanya oleh netizen.

“Perkara yang saya tak lihat dengan mataku… Tidak lama lagi, boy. Ba bangga dengan awak,” tulisnya.

Komen tersebut mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata turut bersimpati dengan keadaan Sharnaaz.

Pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perc3raian terhadap pelakon itu.

Kemudian pada 11 September, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

KemeIut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*