“Sejuknya perut ibu awak…”- Pelakon ‘Nur’ kongsi video, suara azan dipuji netizen!

Jika anda peminat drama ‘Nur’, pastinya anda mengenali dengan pelakon lelaki muda dan berbakat ini, Atiq Azman yang kini semakin mendapat perhatian netizen.

Bagaimanapun, baru-baru ini Atiq memuat naik satu rakaman video dilaman sosial Instagram miliknya dan ia mencvri tumpuan pengikut Atiq.

Mana taknya, menerusi video Atiq melaungkan azan dengan suara cukup merdu dan menyebabkan dia menerima pelbagai maklum balas di ruangan komen.

Meskipun sekadar video pendek, rata-rata peminatnya dilaman Instagram memuji suara merdunya dan mengatakan ‘sejuk hati’ apabila mendengar laungan azan itu.

Video berkenaan juga meraih hampir 150 ribu tontonan dan mendapat lebih 30 ribu tanda suka daripada peminat.

Via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*