Lamar Kekasih Di KFC, Pasangan Ini ‘Dih1na’ Miskin Namun Akhirnya Terima Pelbagai Tajaan!

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan seorang lelaki melutut sambil melamar teman wanitanya di dalam satu restoran makanan segera.

Kejadian yang berlaku di Afrika Selatan itu menjadi perhatian ramai selepas ada individu mentertawakan pasangan itu dalam satu tweet yang dimuat naik.

Difahamkan, lelaki dalam rakaman itu dikenali sebagai Bhut’ Hector dan teman wanitanya adalah Nonhlanhla. Mereka merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun selepas menjadi lebih kecoh mengenai hal itu, pasangan itu kemudiannya menerima rezeki yang tidak dijangka. Pelbagai jenama antarabangsa mula menyatakan hasrat untuk memberi tajaan kepada pasangan ini.

Jadi benarlah pepatah melayu ada mengatakan, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’. Dari dikecam gara-gara hanya mampu melamar teman wanita di restoran makanan segera, kini pelbagai jenama mahu memberikan tajaan pada majlis perkahwinannya!

Berikut antara jenama yang sudi menaja majlis perkahwinan pasangan ini:

Selain itu, pelbagai jenama dan syarikat serta individu tampil memberitahu untuk turut menyumbang bagi majlis pasangan ini nanti. Bayangkanlah, hampir keseluruhan dari makanan dan minuman buat tetamu, baju pengantin, barangan harian, percutian bulan madu dan banyak lagi semua ditaja.

Ini pula adalah video yang tular menyaksikan detik manis pasangan tular tersebut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: KFC / Facebook via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*