Perkahwinan Pasangan Kristian Diadakan Di Gereja, Tapi Bridesmaids Semuanya Muslim? Wow!

Kalau bercakap pasal hal agama atau perkauman, perkara macam ni boleh dikatakan agak sensitif sikitlah selepas banyak perkara yang berlaku baru-baru ni dan boleh trigger kepada pergaduhan sesama kaum.

Tapi satu perkara rare telah berlaku di Sarawak pada penghujung 2018 lepas yang membuka mata ramai pihak bahawa isu perkauman dan agama ini sebenarnya nothing kalau kita pandai menjaga hubungan antara satu sama lain.

“You won’t get to see this everyday. Ia perkahwinan di Gereja, tapi semua bridesmaids Muslim”

Menerusi perkongsian Ariffin Husaini di Facebook, sebuah perkahwinan Kristian yang diadakan di gereja baru-baru ni dianggap unik kerana pasangan tersebut mengambil semua rakan Muslimnya sebagai bridesmaids pada hari bahagia mereka tu. Wow!

“The most unique wedding in 2018…You won’t get to see this everyday… It’s a Church Wedding (Blessing), but all the bridesmaids are Muslims… Berhijab lagi… Memang sangat rare,” tulis Ariffin.

“Tak ada yang lebih rare dan manis dari melihat kawan dari pelbagai kaum saling hormat menghormati”

Menurut Ariffin, pasangan pengantin tersebut berasal dari Sarawak manakala rakan-rakannya pulak kebanyakannya dari Semenanjung Malaysia. Walaupun berbeza kaum dan agama, benda ni semua tak menghalang rakan-rakan si pengantin hadir dan meriahkan suasana perkahwinan tersebut.

“This is what we call 1 Malaysia…The Bride is A Sarawakian, while the bridesmaids are mostly from Peninsular Malaysia. Walaupun berbeza kaum & agama, tidak langsung menghalang sahabat baik ini untuk turut sama memeriahkan hari bahagia salah seorang rakan mereka.

“Tiada yang lebih rare & manis dari melihat kawan-kawan dari pelbagai kaum saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hope to see more of these multicultural ceremonies in the near future.”

Sweetnya kawan-kawan pengantin ni! Untung pasangan ni ada kawan-kawan yang sangat supportive sanggup datang dari Semenanjung ke Sarawak. Bab masuk gereja tu korang janganlah kec4m sebab dia datang tengok wedding kawan dia je bukan buat aktiviti keagamaan tau. Happy wedding day!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*