PDRM: Pengawal Keselamatan Tidak Berhak Untuk Menyimpan Atau Memegang MyKad Anda, Hanya 5 Golongan Ini Sahaja Yang Ada kuasa.

Kad pengenalan atau MyKad merupakan dokumen paling penting bagi individu yang bertaraf warganegara. Selalunya, kebanyakan urusan yang melibatkan perund@ngan memerlukan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.

PDRM telah mengeluarkan satu kenyataan di mana hanya lima golongan sahaja yang boleh menyimpan atau memegang kad pengenalan anda jika keadaan memerlukan.

Selain lima golongan itu, tiada siapa pun yang berhak untuk memegang, menyimpan mahupun menyemak MyKad anda.

Berikut kami kongsikan lima golongan tersebut:

1. Pegawai poIis

2. Pegawai pendaftaran

3. Pegawai kastam

4. Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah

5. Angg0ta tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

MyKad boleh diekspl0itasi bagi kegunaan jen@yah. Jadi, jangan bagi kad pengenalan anda dengan sewenang-wenangnya kepada pihak lain. Jika sesuatu urusan itu memerlukan salinan kad pengenalan anda, pastikan ia dipangkah atau ditulis untuk urusan apa bagi mengelakkan kees salah guna berlaku.

Sekiranya terdapat pengawal keselamatan di mana-mana lokasi terutama sekali di kawasan perumahan meminta anda untuk meninggaIkan MyKad anda, ia adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 memandangkan mereka tidak tergolong dalam lima golongan di atas.

Individu tersebut boleh dikenakan hukvman penjaara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber:

Polis Diraja Malaysia

  Via imlejen

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*