“Saya Nak Balas Jasa Ayah” – Anak Penebar Roti Canai Ini Terima Anugerah Pelajaran Diraja UMK

Tidak malu mengaku bapanya bekerja sebagai penebar roti canai, seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan dia juga mampu berjaya walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Malah, kesungguhan Siti Madihah Situah, 24, akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UMK baru-baru.

Tidak cukup dengan itu, Siti Madihah turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

Menerusi laporan Berita Harian, Siti Madihah berkata kemiskinan keluarga dan pengorbanan ayahnya, Situah Mokhtar, 51, yang menyara keluarga sebagai penebar roti canai menjadi pendorong kejayaannya hari ini.

“Saya tekad belajar bersungguh-sungguh untuk balas jasa ayah yang banyak berk0rban bekerja sebagai penebar roti canai untuk membesarkan saya dan adik beradik lain.

“Ketika belajar, saya turut membuat beberapa pekerjaan sambilan seperti berniaga nasi bungkus dan air mineral di balkoni asrama, kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa sepanjang pengajian.

“Alhamdulillah, segala usaha selama ini berbaloi apabila dapat buktikan mampu capai kejayaan biarpun serba kekurangan,” katanya.

Difahamkan, seramai 2,062 penuntut UMK menerima sijil masing-masing membabitkan 17 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 38 graduan Ijazah Sarjana, 27 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 1,980 graduan menerima sijil Ijazah Sarjana Muda.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber : Berita Harian via Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*