Hubungn Anuar Zain Dan Fara Fauzana Dapat Restu Daripada Aafiyah?

 

 

 

Anak penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah mencuri perhatian netizen apabila dilihat seakan merestui hubungan antara pengacara Fara Fauzana dan penyanyi Anuar Zain.

Video bayi penyanyi Comel Pipi Merah itu dimuatnaik sendiri oleh Fara atau Fafau melalui Instagram

Sehingga kini, ia meraih lebih 38,000 ‘likes’ dan 300,000 tontonan pelayar laman sosial.

Entri itu dihujani komen peminat yang kebanyakannya mengakui terhibur dengan telatah comel Aafiyah yang menggoyangkan kepalanya sebagai reaksi tanda setuju kepada persoalan Fafau.

“Alhamdulillah… Aafiyah merestui, budak-budak jujur,” ujar Fafau secara berseloroh.

Netizen turut mengusik dengan ucapan tahniah, di samping berharap jawapan puteri kesayangan Siti untuk melihat Fafau dan Anuar benar-benar bersatu, akan termakbul.

Antara lain, mereka melayangkan komen berbentuk emoji ketawa.

Sumber : Iluminasi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*