Anak Raih Diploma & Mahu Abadi Kenangan Sama Bapa, “Saya Bergegas Membawanya Ke Tempat Latihan Jatt,” – Sharifah Shahirah

Beberapa hari lalu, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira ada memberikan dedikasi istimewa bersempena dengan graduasi anak pertamanya, Allisya Tahir di HELP University.

Meski seperti biasa menulis kapsyen lucu, Sheira menerusi Instagram turut berkongsi foto istimewa itu sambil memberi pesan bahawa masih banyak yang perlu diteroka anaknya sejurus tamat belajar.

“Oklaa @tallisya72. Graduation day. Ko jangan joget2 lak masa ambik ijazah.

“Banyak lagi kerja nak buat lepas grad ni
Ko jogetlaa kat boss korang esok. Mampu kerja keras. Kerja ..jujur..rajin.

“Mak kamu doakan jumpa orang positif
Nak nasihat mak ko pun berjoget lagi. Bye.

“P/s: lupa..hari tu result 4 flat ke…ke kondo..laa result tak tau ke? Asyik MC siap ko,” tulisnya.

Menjengah ke Instagram si anak pula, Alissya turut merakamkan momen istimewa bersama bapanya, penyanyi Jatt yang kini sedang bers@ing dalam program Geg@r Vaganza musim keenam (GV6).

Rupa-rupanya, Sheira seperti yang dipetik Berita Harian memaklumkam, selesai saja majlis konvokesyen di Subang Jaya, Selangor, dia bergegas bawa anak gadisnya itu untuk bertemu si bapa.

“Kebetulan, Jatt berada di ibu negara selama tiga hari kerana terikat dengan sesi latihan dan persembahan untuk siaran langsung GegarVaganza musim keenam.

“Apabila Allisya memberitahu ingin mengabadikan kenangan manis itu bersama ayahnya, saya bergegas membawanya ke tempat latihan Jatt,” katanya seperti yang dipetik.

Untuk rekod, Allisya merupakan anak kepada hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone berkenaan.

Mereka berkahwin pada 1993 dan berpis@h enam tahun kemudian dan Sheira kini berkongsi hidup dengan pelakon, Ijoy Azhari.

Pasangan ini dikurniakan empat lagi anak iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena.

Allisya juga turut menunjukkan minat mendalam terhadap seni suara dan sudah pun merakam sebuah single yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

Sumber : Media Hiburan

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*