“Please mommy Becca nak jaga.” – Naluri Keibuan Rabecca Tersentuh, Sudi Menjaga Arfan Jika Tiada Waris Boleh Menjaganya

Korang ingat tak adik Muhammad Arfan Ziqri, kanak-kanak kecil yang kematian kedua ibu dan bapanya akibat kemalangan minggu lalu.

Ramai yang tersentuh apabila membaca kisah Arfan yang tercari-cari ibubapanya dan mengelilingi keranda jenazah sebelum dikebumikan tempoh hari.

Tersentuh dengan gelagat anak kecil itu, bekas pelakon yang juga usahawan, Rabecca Al-Islam berbesar hati untuk membela anak kecil yang berusia setahun 10 bulan itu.

Sumber: Instagram

Menerusi laman Instagram, Rabecca berkata beliau sanggup menjaga dan menjadikan Arfan anaknya sekiranya tiada waris yang mahu menjaganya.

“Kalau tiada waris yang boleh menjaga anak Ini, please mommy Becca nak jaga.. Ya Allah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,” katanya.

Berkongsi kepada BH Online, Rabecca, 33 tahun juga berkata menjadi ibu kepada lapan orang anak menyebabkan naluri keibuannya terus tersentuh apabila mengetahui nasib yang menimpa Arfan.

Sumber: Instagram

“Kalau tiada waris yang yang boleh menjaga Muhammad Arfan, saya sudi untuk membesarkannya. Hati saya memang cepat tersentuh dan terguris kalau membaca berita mengenai anak kecil yang hilang tempat bergantung.

“Apatah lagi jika membaca berita mengenai anak yang didera tanpa perikemanusiaan. Ia membuatkan saya jadi sedih bercampur geram.

“Saya memang sayang dan sukakan kanak-kanak. Hati saya mudah tewas dengan anak kecil,” katanya.

Rabecca mempunyai lapan orang anak selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2011.

Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 7, Nor Anggerik Renesmee, 6, Nor Aliff Al-Raffael, 3, Nor Ahmat Al-Reaggan, setahun 3 bulan.

Dia juga mempunyai anak angkat, Nor Adam Daniel, 11, dan Nor Aurora Riana, 10 bulan, selain dua anak tiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

 

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*