HiIang 5 hari selepas bawa Grab, suami akhirnya balik rumah namun apa sebenarnya yang berIaku? – “Macam orang kena sammpuk pun ada”

“ALHAMDULILLAH, suami saya akhirnya pulang dengan selamat,” kata seorang wanita yang kehiIangan suaminya selama lima hari selepas keluar untuk mencari rezeki dengan menawarkan khidmat e-hailing, Grab.

Ketika dihubungi mStar, wanita yang bernama Shakila Hamzah itu berkata, suaminya Mohd Faizal Ibrahim keluar dari rumah mereka di Larkin, Johor pada Ahad lalu untuk mengambil penumpang.

Bagaimanapun, suaminya tidak pulang ke rumah seperti biasa selepas selesai bekerja, menyeb@bkan dirinya bimb@ng dan tertanya-tanya.

“Saya memang hubungi dia namun langsung tak dapat. Kemudian saya tanya rakan-rakan, keluarga dan kenalan. Memang merata-rata saya cari, tapi tak ada khabar berita.

“Hari kedua, pada petang Isnin tu, saya pergi buat lap0ran p0lis mengenai kehilangan suami. Masuk hari ketiga tapi masih tak ada khabar berita, saya dah tak tahan sangat sebab itu saya post di media sosial untuk minta bantuan orang ramai. Pada mulanya ada pihak yang tak setuju saya viralkan, tapi saya rasa dah tak ada cara lain melainkan kongsi di media sosial.

“Alhamdulillah, berkat pertolongan orang ramai, suami saya akhirnya pulang ke rumah kami pada pagi Khamis,” katanya sambil menzahirkan penghargaan kepada netizen yang prihatin.

P0sting terbaharu Shakila selepas suaminya selamat pulang ke rumah pada Khamis.

Bercerita lebih lanjut, Shakila berkata selepas berita kehiIangan itu dikongsikan di media sosial, pihak Grab ada menghubunginya dan menyatakan lokasi terakhir suaminya.

“Selepas dihubungi pihak Grab, saya rasa sedikit lega kerana sekurang-kurangnya ada maklumat mengenai suami saya. Kemudian, saya dapat panggilan telefon daripada pihak p0lis yang menyatakan suami saya ada menghubungi mereka.

“Pegawai itu pesan kepada saya, nanti apabila suami pulang, segera minta pergi lap0rkan ke balai p0lis. Jadi apabila suami pulang pada pagi Khamis, selepas dia mandi serta tukar baju, kami ke balai seperti yang diarahkan,” ujarnya.

Wanita yang berusia 35 tahun ini berkata, ketika pulang dari balai p0lis, suaminya kelihatan kurang bermaya dan tidak banyak bercakap.

Antara komen netizen yang turut sama mengucapkan syukur dengan perkembangan terbaharu mengenai kepulangan suami Shakila.

“Kalau saya tengok, keadaannya macam peIik sedikit. Macam orang kena sammpuk pun ada. Iyalah, kita tak tahu dia pergi ke mana masa hantar penumpang. Penumpang pun ada macam-macam ragaam.

“Sehingga kini (berita ditulis) dia masih tak menceritakan apa yang berlaku sepanjang kehiIangannya. Saya juga enggan terlalu mem@ksa. Dia juga enggan berjumpa dengan siapa-siapa pun buat masa ini. Nantilah biar suami berehat dahulu. Yang penting saya bersyukur suami pulang dengan selamat,” ujarnya.

Menurut Shakila, dia merancang untuk membawa suaminya mendapatkan rawatan perubatan Islam kerana khu@tir ia berkaitan dengan unsur-unsur mistiik.

“Yang penting, saya nak suami berehat dan keadaan tenang dahulu. Kemudian mungkin kami akan bawa berubat dengan ustaz,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber:Mstar

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*