“Tunang orang didukung-dukung, anak d@ra orang boleh ciom-ciom dahi” – Abby Abadi teguur percampuran bebas punca rezeki tak berkat

PELAKON Abby Abadi menegvr tind@kan segelintir golongan muda yang semakin terbuka apabila bersentuuhan dengan bukan mahram dan menganggap ia sebagai perkara biasa dalam kehidupan harian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 41, berkata, isu tersebut hanya mengvndang kepada pintu kemvngkaran dan punca rezeki yang tidak berkat.

“Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepvk tamp@r pun perlu dielakkan, pelvk apatah lagi ya.

“Bila mula membiarkan suami kita atau isteri kita, waima anak-anak sekalipun disentvh, dipelvk oleh sesiapa sahaja yang bukan mahram mereka, dengan macam-macam alasan untuk menghalaIkan cara.

“‘Tak apa… dah macam abang, tak apa macam adik sendiri… tak apa macam keluarga. Itulah permulaan yang membuka kepada pintu-pintu kemungkaran,” tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Status teguuran Abby buat golongan muda yang mengamalkan pergaulan bebas.

Abby Abadi memuat naik sebuah posting mengingatkan pengikutnya di media sosial supaya menitikberatkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Dalam pada itu, Abby mengakui pernah melalui kehidupan seperti itu ketika aktif di industri hiburan.

Bagaimanapun, pelakon drama Gerak Khas ini mengakui sedar dengan kesilapan tersebut dan mula berubah ke arah menjaga pergaulan.

Dia juga bertanggungjawab untuk mengingatkan umat Islam lain agar tidak melalui perkara sama yang akhirnya membawa kepada pengakhiran tidak baik.

“Saya lalu jalan tu dulu. Saya kerja dalam bidang yang membuatkan saya tak jaga atau peduli pasal ikhtilat. Terlupa halal har@m segala sebab syaiitan meriah di situ, sana, sini.

“Suami orang buat macam suami sendiri. Isteri orang selamba lelaki lain pegang laga-laga pipi. Tunang orang pun boleh didukung-dukung, anak dara orang boleh civm-civm dahi, pegang-pegang tangan, silang-silang kaki lagi… aduh!,

“Maks!at besar-besaran dan terang-terangan sangat itu mendatangkan kemurkaan Allah tapi sebab dah biasa tengok, nampak macam perkara biasa, macam tiada apa-apakan?” ujarnya.

Sumber:Mstar

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*