Tak Buat Marketing Bombastic Tapi Ada Di Setiap Rumah & Kedai, Ini Kisah Kicap Kipas Udang Habhal Yang Tak Ramai Tahu!

Setahu admin lah, kalau satu syarikat tu nak pasarkan sebuah produk, mereka pastinya akan buat marketing besar-besaran hingga mencecah ribuan ringgit supaya lebih ramai orang tahu tentang produk mereka dan membelinya di kedai-kedai.

Tapi lain pula dengan produk kicap udang digemari ramai, Habhal’s yang telah berada di pasaran hampir 30 tahun ni. Jarang sekali kita nampak iklannya di TV tapi boleh dikatakan hampir semua orang ada kicap ni kat rumah dan ia dijual di supermarket besar tau!

Bermula modal RM40,000, kini produk dah catat jualan RM6 juta sebulan

Bagi mereka yang tertanya-tanya siapa disebalik brand produk kicap yang paling femes kat Malaysia ni, menurut portal Jutawan Kicap, sejarah kejayaan kicap kipas udang ni bermula pada 29 tahun lepas.

Datuk Haji Lambak Mohamad merupakan pengasasnya dan dia telah menubuhkan Zara Food Stuff Industries untuk mengeluarkan kicap secara kecil-kecilan dengan menyewa di sebuah kilang dekat Larkin, Johor Bahru.

Bermula dengan modal RM40,000, siapa sangka produk ini mampu mencatat jualan sebanyak RM120,000 bulanan. Keuntungan syarikat dikatakan telah digunakan untuk tujuan promosi di TV (dahulu sekitar tahun 90an) dan penyelidikan serta pembangunan bagi menambah baik produk.

Lebih menarik lagi, nilai jualan kicap kipas udang ni katanya sekarang dah berjumlah RM 6 juta sebulan dan syarikat ni juga dah mengeluarkan produk makanan lain macam sos, kaya dan lain-lain.

Kini dijual di serata dunia termasuk Asia Barat dan negara-negara ASEAN

Siapa sangka produk kicap pun boleh tembusi pasaran luar negara kan? Jenama kipas udang ni katanya dah melangkau jauh ke negara Asia Barat dan ASEAN tau!

Terkejut admin dengar, siap ada netizen kata kicap kipas udang ni ada dijual kat Oxford wehhh! Haa hampa jangan main-main dengan kicap kipas udang!

Tular gambar kilang kicap mewah, berjaya kerana kualiti kicap yang sentiasa sedap!

Jangan ingat kilang kicap ni kilang biasa-biasa ye. Menerusi satu posting yang tular tak lama dulu, kilang kicap Habhal’s ni mengalahkan rupa hotel. Haa korang tengoklah kat bawah!

Rata-rata netizen di Twitter berpendapat kicap kipas udang ni lah kicap yang paling best berbanding kicap-kicap lain di Malaysia. Sebabnya, kicap ni sentiasa menjaga kualitinya dari segala segi.

Okay balik ni admin nak beli kicap kipas udang. Nak makan dengan nasi dan telur goreng! Sedappp oi!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*