Jangan memandai-mandai! Mawar tegvr ‘orang terdekat’ tidak campuri urusan dengan Fizo

 

 

BEKAS isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim berharap tiada lagi mana-mana pihak membuat sebarang kenyataan tidak berasas yang hanya akan mengvndang spekvlasi mengenai penamatan 0perasi rest0ran Fizomawar Kitchen (FMK).

Peringatan Mawar itu turut ditujukan kepada individu terdekat dengan mereka kerana ia hanya akan mengervhkan lagi keadaan.

“Diharapkan sangat lepas ini tiada lagi cerita daripada mana-mana pihak terutamanya yang ada kaitan antara saya atau Fizo mengeluarkan status atau cerita di media sos!al yg konon tahu cerita.

“Tidak perlulah orang terdekat mencampuri urusan saya dan Fizo. Anda hanya melihat, mendengar tetapi saya dan Fizo sahaja yang tahu dan merasa perkara yang sebenar.

“Erti kata lain, tidak perlu menuang minyak ke dalam aapi atau jangan menegakkan benang yang basah,” katanya.

Rest0ran Fizomawar Kitchen ditutup hujung bulan ini.

Mawar menulis luahan tersebut menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Pada 11 Oktober lalu, Fizo mengesahkan restoran yang diusahakan bersama bekas isterinya itu akan menamatkan 0perasi pada hujung bulan ini.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan mereka dan penutupan dua cawangan FMK iaitu di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia turut menerima cadangan daripada pelanggan yang mahu restoran itu dijenamakan semula.

 

Mawar fokus dengan amanah membesarkan Maryam.

Bagaimanapun, usahawan tudung jenama Fareeda ini berkata perkara itu tidak dapat dilaksanakan.

“Rata-rata saya mendapat feedback memberi pendapat rebranding restoran ini. Saya dan Fizo mempunyai alasan yang sangat peribadi. Terima kasih kalian yang sangat memahami situasi kami.

“Di sini juga terlalu peribadi untuk saya ceritakan berapa modal atau pelaburan yang telah saya dan Fizo keluarkan serta keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung saya terima selama empat tahun FMK.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga khususnya buat pelanggan yang sentiasa menyokong FMK selama ini,” ujarnya.

Dua cawangan FMK di Selangor dan Kelantan ditutup.

Meskipun tiada lagi ikatan perhubungan, Mawar berkata dia dan Fizo akan terus memikul amanah bersama membesarkan anak mereka, Maryam yang kini berusia dua tahun.

“Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lagi tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar, memberi didikan kepada Maryam.

“Maryam pengubat hati saya selama ini. Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dipelihara oleh-Nya!,” katanya.

Fizo dan Mawar Abdul Karim bercerrai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Mereka berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam kini berusia dua tahun.

 

Sumber:Mstar

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*