Lelaki Berlari Minta Ampun Dengan Isteri Dalam Ceramah Ebit Lew Undang Sebak

Umum sedia maklum bahawa Ustaz Ebit Lew memang tidak asing lagi dalam memberi ceramah mengenai hubungan kekeluargaan. Seminar yang dilakukan kerap kali melibatkan pasangan suami isteri dan diakhiri dengan linangan air mata.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu video seorang lelaki yang teresak-esak menangis kerana terkenangkan pengorbanan isteri tercinta.

Menurut Ebit Lew, lelaki itu berasa kesal dengan sikap dirinya yang selalu berbuat salah dengan isteri sedangkan isteri tercinta terlalu baik dan sanggup menerima walau bagaimana keadaannya ketika itu.

Selepas ditenangkan oleh Ebit Lew, lelaki itu tanpa selipar terus meluru mendapatkan isteri dan memeluk erat bidadarinya serta memohon maaf atas segala khilaf diri. Situasi tersebut terlalu sebak sehingga hadirin yang hadir turut menangis.

Semoga peroleh kekuatan menempuhi dugaan

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut terkesan dan meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram pendakwah bebas tersebut.

Mereka telah memberikan kata-kata yang positif dengan berasa terharu atas tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu. Mereka turut mendoakan agar kesejahteraan dan juga rezeki berpihak kepada lelaki tersebut serta keluarganya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram @ebitlew via KLPRESS

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*