[VIDEO] Dedah Pendapatan Bulanan Syahmi Sazli, Youtubers Ini Tampil Mohon Maaf

Siapa sahaja yang tidak mengenali Youtuber yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli yang saban hari namanya semakin dikenali dan melonjak naik. Video-video pendek yang dimuat naik di Channel Youtube miliknya mendapat perhatian oleh warganet sehingga mencecah 1.6 juta pengikut.

Dalam pada itu, Slot Drama Spontan yang diarahkan send1ri oleh Syahmi dengan menampilkan lakonan Asif dan Yoe mendapat sambvtan hangat sehingga beberapa kali trending di Youtube. Para peminat video drama spontan pasti tertanya-tanya berapakah jumlah pendapatan bulan yang diterima Syahmi Sazli.

Terbaru, seorang Youtuber, Brojep telah mendedahkan anggaran pendapatan bulanan yang diterima Syahmi Sazli dengan menggunakan satu laman web ‘Socialblade’.

Laman web tersebut bertujuan untuk menganggarkan jumlah pendapatan minimum dan maksimum yang mampu dicapai oleh Syahmi berdasarkan jumlah subcribers serta jumlah tontonan video bulanan di channel Youtube milik Syahmi.

Menurut Brojep, pendapatan minimum yang mampu diterima oleh Syahmi adalah berjumlah RM26, 800 dan mampu mencecah jumlah maksimum sehingga RM432, 000 sebulan. Namun, video tersebut telah pun dipadam oleh Brojep atas beberapa faktor tertentu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Brojep muncul dengan satu video terbaru bertujuan untuk menjelaskan keadaan sebenar tindakannya memadam video pendedahan pendapatan bulanan Syahmi Sazli itu.

Menurut pemuda ini, video itu dimuatnaik bukanlah bertujuan untuk mendedahkan pendapatan Syahmi Sazli tetapi hanya ingin memberi pendedahan kepada orang ramai bagaimana cara untuk memeriksa pendapatan Youtubers.

Tambah Brojep lagi, selepas memuatnaik video pendedahan tersebut hatinya berasa tidak tenang kerana video ini mula viral dan mendapat perhatian rakyat Malaysia. Dia juga berasakan tindakannya itu kurang sesuai kerana telah menganggu privasi Syahmi itu send1ri.

Satu, timbulnya perasaan di hati saya sebab benda ni viral dan ramai orang yang komen di Malaysia. So, hati saya tidak tenang sebab ini merupakan privasi Youtuber Syahmi Sazli.

Selain itu, Brojep juga mengatakan dia telah menerima Direct Message (DM) daripada Syahmi Sazli supaya video tersebut diturunkan. Pendedahan pendapatan kepada umum agak bah4ya kerana dikhuat1ri ada pihak yang cemburu dan mengambil kesempatan terhadap Syahmi dan keluarga.

Kebetulan, petang tadi Syahmi Sazli pun ada DM saya di Instagram, dia minta tolong kalau boleh delete video itu dan firasat saya betul dan mungkin Syahmi berasa tidak selesa dengan penularan video tersebut.

Saya hormat keputusan Syahmi untuk menurunkan video tersebut dari Youtube.

Dalam pada itu, dia juga turut menasihati kepada orang ramai yang ingin menceburi bidang ini supaya tidak menjadikan duit sebagai alasan utama untuk menjadi seorang Youtuber.

Rezeki itu datangnya dari Allah SWT  dan kita yakin rezeki untuk setiap orang berlainan dan Allah tak akan mengkhianati hamba-hambanya  untuk memerikan rezeki yang terbaik.

Malah, dia mahu menjadikan Youtube sebagai satu platform untuk menyebarkan kebaikan dan bukannya untuk mengh1na atau membenci orang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*